Friday, April 29, 2011

jejaka sempurna

Posted by yelooo.. at 10:13 PM
terasa bahagia hati ini,
bagai tetaman bunga menghiasi diri,
debunga memenuhi awanan,
menenangkan hati diriku yang dahulunya gundah,
tidak mengetahui jalan kebenaran..
     terasa bahagia hati ini,
     pabila ku ketemu jejaka ini,
     jejaka yang selalu membimbingku,
     jejaka yang selalu berusaha demi diriku...
senyumanmu,
bagaikan penawar yang merawati orang yang sakit,
membahagiakan orang yang selama ini berada dalam ketakutan,
menenangkan hati orang yang selama ini kedukaan...
     budi pekertimu,
     bak permata disinari air putih,
     begitu terang dan senang ku melihat,
     begitu bercahaya,menerangi hati-hati ku yang selama ini dibimbangi..
wahai jejaka sempurna,
aku bukanlah sehebat anakmu Fatimah,
yang sentiasa bersamamu,
tapi,akanku berdoa pada ALLAH yang Maha Kuasa,
mendoakan diriku,sentiasa mengikuti sunnahmu...
    aku bukanlah sehebat Bilal Bin Rabbah,
    hebat menegakkan ISLAM bersamamu,
    tapi akanku berusaha memperjuangkan ISLAM,
    bersama umatmu...walau diriku jauh berbeda darinya,
    tapi semangatku akan terus membakari diri terhadap ISLAM..
wahai jejaka sempurna,
begitu hebat pengorbananmu,
rela menyakitkan diri demi umatmu,
masih menyebut nama kami,walau dirimu dihujung nyawa...
     terima kasih wahai jejaka sempurna,
     jejaka yang selama ini telah menjadi pendorong bagiku,
     jejaka yang amat dikasihi ALLAH,disenangi umatnya
     jejaka yang bernama Muhammad Bin Abdullah,
     Al-Amin yang sangat tulus mencintai diri umatnya,dan ALLAH S.W.T.
     dialah kekasih ALLAH yang teramat sempurna,
     menjadi pesuruh ALLAH yang sangat teguh pada ISLAM....

Ya Rasulullah,
terima kasih kerana mencintai kami,
terima kasih kerana meneguhkan ISLAM
supaya kami tetap berada dalam jalan ALLAH S.W.T.
TERIMA KASIH KERANA PENGORBANANMU..
ENGKAULAH JEJAKA TERHEBAT,
ENGKAULAH JEJAKA TERAGUNG,

SESUNGGUHNYA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH,DAN KAU (MUHAMMAD) ADALAH PESURUH ALLAH....ALLAHUAKBAR..ALLAH MAHA BESAR..
(sayangilah dia,kerna di hatinya sentiasa ada kita)
(sayangilah ISLAM,kerna ISLAM adalah kebenaran dari segala kebuntuan)
(sayangilah ALLAH,kerna DIA AKAN SENTIASA MENYAYANGIMU)

0 comments:

Post a Comment

 

cahayapelangiputih.blogspot.com Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez