Sunday, November 27, 2011

~LeLaki KaCak MeNemani KeTika MeNinggaL DuniA~

Posted by yelooo.. at 5:47 AM 0 comments
Assalamualaikum dan salam ukhwah di awal Hijrah 1433..(^_^)(''')
di awal penghijrahan ini,marilah sama2 kita bergerak utk melakukan amalan ibadat supaya tahun ini berada di tahap yang lebih baik drpd tahun2 yang berlalu~~antara ibadat2 yang diwajarkan kita utk menunaikannya termasuklah beramal bersama sahabat akhirat kita yakni AL-QURAN...kitab yang sememangnya terunggul..diwahyukan kepada nabi yg terunggul Nabi Muhammad S.A.W...oleh itu..
setiap usaha pasti ada hasilnya..ini kan pula amalan kita..semestinya diberikan RewardS yang sememangnya kekal bersama..insya-ALLAH...jadi..silakan membaca..Bismillahirahmanirahim...
   Di dalam satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara penkebumian,seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya(si mati).Apabila mayat itu dikafankan,lelaki kacak itu akan datang mandiami antara dadanya dan kain kafan itu.Bila selesai dikebumikan,orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat yakni Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
  
   Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku,Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.Jalankan tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

   selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata : "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat,Jangan engkau bimbang,selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi." Bila pertanyaan selesai,orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

    Subhanallah....alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu,kita adalah orang-orang yang rugi.
    cuba pula kita renungkan sejenak diri kita sendiri.Ajal dan maut adalah ketentuan Allah S.W.T. Bila ia telah datang kita akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkan walaupun untuk tempoh sesaat.Dan apabila berada di alam kubur...siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.Allah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.
     Di dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"pada hari kiamat nanti,di hadapan Allah S.W.T. tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran,bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya."


wallahua'lam...
 

cahayapelangiputih.blogspot.com Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez